Thursday, August 27, 2009

TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

TUJUH(7) WASIAT RAJA-RAJA MELAYU.
Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin yang dibuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957." Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh(7) perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera "
TUJUH(7) PERKARA ITU ADALAH:
PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).
KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara ancaman dari luar negara.
KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
KELIMA : Kami isytihar ISLAM ialah Agama Persekutuan.
KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Tuesday, August 4, 2009

1 MALAYSIA


Isnin, 2009 Ogos 03

1 MALAYSIA.
Disediakan Oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.
Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.
Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
‘1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’

KETERANGAN LOGO 1 MALAYSIA
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Tuesday, July 14, 2009

Pertandingan Sepaktakraw Antara Regu Tertutup Terengganu.

Salam...Pertandingan SepakTakraw Antara Regu Tertutup Terengganu merebut Piala Pengerusi Penyelaras DUN Bukit Payong (En.Zaidi Bin Muda) akan diadakan pada 17 dan 18 Julai 2009.Kejohanan ini akan berlangsung di Gelanggang Sepak Takraw Kg.Laut( kampung penulis) dan dianjurkan oleh Kelab Sepaktakraw Kg.Laut dengan kerjasama JKKK Kampung laut.
Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada JKKK Kg. Laut,PP DUN serta orang perseorangan yang memberi sumbangan untuk menjayakan kejohanan tersebut.Tidak dilupakan juga para pemain-pemain pasukan Kg.Laut serta barisan urusetia yang akan bertugas pada hari kejohanan nanti.

Dikesempatan ini juga,saya ingin mengucapkan kepada setinggi-tinggi tahniah kepada penganjur kerana berani untuk menganjurkan satu kejohanan yang bertaraf tinggi di Kampung Laut.Selain kejohanan sepaktakraw,saya juga dimaklumkan kejohanan bola sepak juga diadakan pada hari Jumaat(17 Julai 2009).Ia terbuka kepada penduduk Kampung Laut dan kampung-kampung yang berhampirannya.

Bila kedua-dua kejohanan ini berlangsung,apa yang saya dapat perhatikan ialah usaha JKKK Kg.Laut serta Pejabat DUN Bukit Payong untuk merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk terutama golongan pemuda.Secara tidak langsung melalui program seperti ini dapat menarik kembali serta memberi keyakinan kepada golongan pemuda kerajaan tidak mengabaikan golongan muda seterusnya mengukuhkan sokongan mereka kepada kerajaan.

Tahniah juga diucapkan kepada pemuda -pemuda yang akan menerima Dana Khas Remaja.Ini adalah bukti kerajaan tidak sesekali mengabaikan golongan muda dan apa yang diperlukan ialah golongan muda haruslah menyokong dasar-dasar yang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan sebagai tanda komitmen serta sokongan kepada kerajaan.


SELAMAT MAJU JAYA

Thursday, January 15, 2009

Persaingan Di K.Trg..

Rata-rata kawan-kawan yang aku jumpe masa balik kampung hari tu peluang untuk BN mengekalkan kerusi Parlimen(P036) Kuala Terengganu 50-50.Tetapi mereka yakin BN akan mengekalkan kerusinya jika mendapat sokongan daripada golongan muda.Sama-samalah kita tunggu keputusanya esok..

Wednesday, December 3, 2008

nk bwt video

pak lah ku yg segak bergaya.........ni la pak lah.sokong paklah...

terima kasih,

aku lah sape lagi

kimora

aku suke sgt tgk bende ni....ntah le ngape..suke je

testing

Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (UCSTAM) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM) dalam kenyataan bersama hari ini kesal dengan kenyataan Mukhriz itu yang disifatkan boleh menjejaskan perpaduan.

Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (UCSTAM) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM) dalam kenyataan bersama hari ini kesal dengan kenyataan Mukhriz itu yang disifatkan boleh menjejaskan perpaduan.