Tuesday, July 14, 2009

Pertandingan Sepaktakraw Antara Regu Tertutup Terengganu.

Salam...Pertandingan SepakTakraw Antara Regu Tertutup Terengganu merebut Piala Pengerusi Penyelaras DUN Bukit Payong (En.Zaidi Bin Muda) akan diadakan pada 17 dan 18 Julai 2009.Kejohanan ini akan berlangsung di Gelanggang Sepak Takraw Kg.Laut( kampung penulis) dan dianjurkan oleh Kelab Sepaktakraw Kg.Laut dengan kerjasama JKKK Kampung laut.
Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada JKKK Kg. Laut,PP DUN serta orang perseorangan yang memberi sumbangan untuk menjayakan kejohanan tersebut.Tidak dilupakan juga para pemain-pemain pasukan Kg.Laut serta barisan urusetia yang akan bertugas pada hari kejohanan nanti.

Dikesempatan ini juga,saya ingin mengucapkan kepada setinggi-tinggi tahniah kepada penganjur kerana berani untuk menganjurkan satu kejohanan yang bertaraf tinggi di Kampung Laut.Selain kejohanan sepaktakraw,saya juga dimaklumkan kejohanan bola sepak juga diadakan pada hari Jumaat(17 Julai 2009).Ia terbuka kepada penduduk Kampung Laut dan kampung-kampung yang berhampirannya.

Bila kedua-dua kejohanan ini berlangsung,apa yang saya dapat perhatikan ialah usaha JKKK Kg.Laut serta Pejabat DUN Bukit Payong untuk merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk terutama golongan pemuda.Secara tidak langsung melalui program seperti ini dapat menarik kembali serta memberi keyakinan kepada golongan pemuda kerajaan tidak mengabaikan golongan muda seterusnya mengukuhkan sokongan mereka kepada kerajaan.

Tahniah juga diucapkan kepada pemuda -pemuda yang akan menerima Dana Khas Remaja.Ini adalah bukti kerajaan tidak sesekali mengabaikan golongan muda dan apa yang diperlukan ialah golongan muda haruslah menyokong dasar-dasar yang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan sebagai tanda komitmen serta sokongan kepada kerajaan.


SELAMAT MAJU JAYA

No comments: